Friday, September 3, 2010

The Diary Exposed: Merisik

Dah. Semalam berita tu sampai. Semua dah confirm. Tinggal nak tunggu raya ketiga. Hati? Memang berdebar tak terkata. Terharu pun ada. Tapi tu baru fasa pertama... akan ada fasa kedua dan ketiga. Bila jari dah ada tanda, semua benda dah tak akan sama. Kena belajar... sebab lepas ni, hidup bukan berputar kat sekeliling kita je. Kalau dulu satu, lepas ni berdua. Jadi, belajar. Bukak mata, jangan lepas pandang.. tentang tanggungjawab, tentang usaha, tentang bahagia. Semua. Belajar tentang semua.

Sebab lepas ni, jangan pernah lupa...
Hidup akan jadi berdua.

:)

3 comments:

Nora a.k.a Aira said...

hehehe berdebar-debar rasa gundah gulana :p

sharifuddin N shakina said...

best la ayat atas tu mcm pantun..good luck dear..

cik syahira said...

assalamualaikum nana.

hi.
ni 1st time masuk blog baru kamu.
blogwalking cari kawan-kawan baru dan idea bagi pasangan yang baru nak bertunang. sy link kamu k.